Assalamualaikum

أخوكم في الله

AhLaN Wa SaHLaN

Rabu, 29 Disember 2010

Test 2 powerpoint

GaMBaR KeLuaRGa

Belajar Buat Blog

Kelas KPT5033 Teknologi dan inovasi dalam pendidikan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) JAIM....2010.. Dr.Ramlah ajar 29-12-2010 Rabu Di Open Universiti Malaysia...

Rabu, 25 Februari 2009

Al-Mukminah As-Solehah (1)

ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BEBAS

oleh Fatimah Heran

Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran,Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.

Bagi wanita 'bebas' perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan
seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada. Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di 'cocktail parties', menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku sek. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan.

Wanita 'bebas' menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.
Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco. Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al-Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandanganrohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dandahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah punca kepuasan hatinya dan sebagai galakau untuk menambahkan lagi amalsoleh. Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang
lebih memerlukan.

Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.
Sekarang marilah kita melihat kenapa terdapat perbezaan yang begitu besar dalam pemikiran dan pandangan dua golongan wanita ini. Pada pendapat saya, jika kita ketepikan sebab-sebab sampingan maka didapati masalah utamanya ialah tekanan jiwa yang dideritai oleh wanita 'bebas'. Baginya (dan juga lelaki sepertinya) nampaknya ia tidak ketahui dari mana ia datang dan ke mana kesudahannya. la tidak mempunyai konsep yang jeias tentang pengertian hidup dan dalam banyak hal, ia sekurang-kurangnya berasa sangsi tentang wujudnya Akhirat, tak kurang pula yang menolaknya sama sekali. Amat sukar baginya mempercayai kehidupan selepas hidup di dunia ini. Lantaran itu kehidupannya di penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan
tidak sah jika sesuatu majlis tidak di sertai dengan minuman arak. Tidak hairan lagilah fikiran manusia yang mabuk akan memproklamirkan segala kejahatannya. Domir (hati) yang merupakan pemberian paling berharga yang dianugerahkan oleh Allah supaya seseorang itu dapat membezakan antara yang baik dan yang jahat, antara benar dan salah kini sudah diliputi oleh timbunan cita-cita yang palsu. Kepalsuan yang kerap mengingatkan mereka bahawa hidup di dunia amat singkat dan lantaran itu akan melupakan perasaan takut kepada kematian sehingga sanggup pula mengorbankan segala-galanya untuk memanjangkan umur.

Berbeza dengan ini, Muslimah sentiasa merasa selamat. Ia beriman kepada Allah. kepada kitab-kitab yang diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada manusia dan hari pembalasan yang akan mempelawanya masuk ke mana-mana pintu Syurga yang kekal. Baginya hidup ini penuh pengertian sekiranya ia meningalkan kenikmatan yang sedikit itu, malah ia bukanlah merupakan satu pengorbanan yang besar tetapi sebaliknya menolong mengukuhkan lagi keimanan dan ia lebih mengharapkan pembalasan di hari Akhirat daripada apa yang dikejar oleh kaum sejenisnya yang 'bebas'.

Di sini kita terkeliru antara cara hidup Muslimah dengan golongan tertentu seperti nun (paderi wanita) atau wanita yang dicorakkan seperti masyarakat yang berideologi 'hanya wanita'. Bagi nun (paderi wanita) hidup ini tertumpu kepada tunang
rohaniahnya (spiritual bridegroom) Jesus dan hal ehwal keduniaan dianggap perangkap syaitan, manakala Muslimah pula disamping beribadah kepada Allah, ia digalakkan dengan apa cara sekalipun untuk menikmati kenikmatan yang hakiki dan memikul tanggungjawab hidup sehari-hari. Dia seharusnya manerima kasih sayang dan perlindungan dari suaminya yang bertaqwa, kegembiraan menjadi seorang ibu, mengenakan pakaian yang menarik dan berhias diri (di hadapan suaminya dan kaum keluarganya sahaja — ia menitik beratkan kasih sayang mereka dan bukannya pujian dan sanjungan orang lain ), merebut peluang mengongsi tanggungjawab menjaga kesejahteraan
masyarakat yang mana ia sendiri adalah merupakan anggota penuh.

Bagi wanita 'bebas' (feminist) kehidupan ini tidak lain hanyalah satu perjuangan ideologi mereka dan untuk merealisasikan ini tidak kira samada ianya benar atau salah, setiap orang mesti menyertainya walaupun melalui jalan paksaan. Muslimah yakin sepenuhnya tentang kebenaran aqidahnya dan dengan ini ia tidak akan ragu-ragu mengorbankan hidupnya sehingga sanggup keluar berdemonstrasi untuk menegakkan pemerintahan Islam atau dalam usaha untuk membebaskan suaminya, ayahnya, saudaranya
yang dipenjarakan kerana mempertahankan Deen mereka seperti yang berlaku di Iran, Syria dan Filipina. Ia lebih rela berhijrah daripada bertolak ansur dan tunduk kepada Mulhid (atheis yang zalim seperti di Afghanistan atau Eritrea; kadang-kadang mungkin terpaksa berpisah dengan anak-anaknya dan meringkuk dalam penjara yang gelap sebagai tebusan kepada suaminya yang menjadi Mujahid bergerak secara senyap (sir) sebagai langkah berjaga-jaga daripada pemerintah-pemerintah yang zalim di kebanyakan negara-negara Muslim hari ini.

Semua kesukaran-kesukaran ini dihadapinya dengan penuh kesabaran kerana ia menyedari bahawa ini adalah daripada ujian-ujian Allah. Dengan ini ia menjadi contoh gemilang di dalam penglibatannya untuk mencapai matlamat yang unggul ini dan akan bersinar bukan sahaja di dalam masyarakat Muslim tetapi kepada seluruh kaum wanita yang mana hati-hati mereka sedang mencari-cari pengganti bagi cara hidup kebendaan Barat dan
Timur. Dia akan bersifat hikmah mengajak mereka mengamalkan apa yang diyakininya dan tidak akan memaksa sesiapa pun menerima aqidahnya.

Pada pendapat saya, kita dapat menyimpulkan bahawa walaupun nampak pada zahirnya Muslimah ketinggalan beberapa kenikmatan yang dianggap oleh wanita 'bebas' sebagai keperluan untuk kebahagian, tetapi Muslimah tetap mengalami kehidupan yang lebih kaya dan bahagia kerana dibantu oleh keimannya yang teguh. Ia merasai kepuasan mendisplinkan diri sendiri dan berkorban untuk mencapai matlamat yang murni dan pada masa yang sama merasai keindahan hidup berumah tangga dan kepuasan hidup dalam batas-batas syara’. Ia juga merasai ketenteraman jiwa hasil daripada mentaati perintah-perintah Allah S.W.T. yang bertujuan memberi kesejahteraan kepada manusia itu sendiri. Bukankah kemerdekaan dan kemajuan yang sebenar ialah pembangunan kemanusiaan yang mana para ibu memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk generasi akan datang, menggunakan seluruh kemampuan mereka yang ada bukan untuk keruntuhan tetapi memuliakan jiwa-jiwa yang dekat dengan mereka sekiranya mereka mengikut Cara Hidup Islam.

Al-Mukminah As-Solehah (Muqaddimah)

Alhamdullilah, kita sungguh-sungguh berasa bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan perkenanNya jualah kita dapat menyusun sebuah makalah kecil yang diberi judul AL MUKMINAH AS SOLEHAH. Makalah ini, InsyaAllah sesuai dibaca oleh masyarakat umum lebih-lebih lagi bagi wanita-wanita Islam yang ikhlas serta ingin mendekati ajaran ALlah SWT dengan sebenar-benarnya.

Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali kepada proses awal Tarbiah (pendidikan) Islamiah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W dibawah petunjuk Ilahi. Proses Tarbiah ini perlulah diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah (pegerakan Islam). Asas untuk memperbaiki Ummah ialah dengan memperbaiki usrah(keluarga) dan permulaan untuk memperbaiki usrah ialah dengan memperbaiki wanita.

Wanita disebut (mahaguru 'alam), mahaguru yang mula-mula sekali berperanan untuk mendidik generasi kita (atau mana-mana generasi sekali pun.) Wanita yang tangan kanannya menghayun buaian dan tangan kirinya bisa menggegarkan dunia. Sehingga ada pepatah mengatakan bahawa wanita itu sungguh mempengaruhi hidup manusia di mana seorang ibu itu memerlukan masa 20 tahun untuk mendidik anaknya tetapi seorang wanita jahat hanya memerlukan masa 20 saat untuk menjatuhkan seseorang.

Sebagai pendidik 'alam ini, setiap wanita Islam perlulah melalui proses Tarbiah Islamiah dan jika tidak terlaksana proses ini maka malanglah generasi Islam kerana mendapat didikan dari wanita-wanita yang tidak mempunyai persiapan Islam. Oleh itu wanita perlu memahami peranan mereka kerana kesannya amatlah mendalam yang mana ia mampu memperbaiki masyarakat sekiranya dihalakan kesana. Oleh itu setiap daripada kita hendaklah memperbaiki diri dengan mendidik hati sanubari kita semoga mendapat asas untuk memperbaiki keluarga kita serta orang lain dengan Fikrah Islam.

Sebenarnya wanita ini sungguh mendapat tempat yang mulia, ia sentiasa dihormati dan disanjung (tinggi oleh Islam. Pengurniaan taraf wanita ini adalah sungguh tercatit dalam Al Quran dan As Sunnah Rasulullah S.A.W.

Daripada Bilal Ibnu Kabbah R.A, katanya; Pada suatu hari aku menyaksikan Rasulullah SAW membuat empal garis di atas batu sambil berkata bahawa wanita yang paling mulia di syurga ialah; Khadijah bt. Khuwailid, Falimah bt. Muhammad, Mariam bt. Imran dan 'Asiah isteri Firaun.

Inilah sebenarnya ibu kepada ibu-ibu dan juga kepada generasi yang lepas-lepas. Ibu-ibu yang sebenarnya yang mesti kita letakkan ke depan sebagai contoh tauladan dalam rangka kita untuk kembali kepada hakikat Islam. Sebaliknya jika kita lihat kepada masyarakat kita pada hari ini nescaya kita akan dapati mereka tidak mengambil saranan Allah S.W.T dan RasulNya, sebaliknya mengambil saranan hawa nafsu mereka dan juga daripada sumber-sumber lain. Di sinilah kita merasakan masyarakat kita perlu mendapat kesedaran dan mesti cepat-cepat kembali kepada Islam yang suci lagi mulia ini.

Sekian, wassalam .


Penyunting
Mustafa Ramadhan

Selasa, 17 Februari 2009

Bulan2 Islam



Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

Muharram al-Haram
dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiul Awal (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
Rabiul Akhir (atau Rabiul thani) (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﺧﻴﺮ/ﺭﺑﻴﻊﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.

Jamadil Awal (ﺟﻤﺪﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
Jamadil Akhir (atau Jamadil thani) (ﺟﻤﺪﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤﺪﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

Syaaban (ﺷﻌﺒﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadhan (ﺭﻣﻀﻦ)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah (ﺫﻭﺍﻟﻘﻌﺪﻩ)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula neghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijjah (ﺫﻭﺍﻟﺤﺠﻪ)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Dari semua bulan, Ramadhan yang paling dianggap mulia. Muslim akan berpuasa dari fajar hingga senja sepanjang bulan.

daripada : http://kbakti.multiply.com/journal/item/26

Permulaan Kalendar Islam



Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak memiliki kalendar yang khusus untuk digunakan bersama. Walaubagaimanapun semua mereka mengira setahun itu dengan 12 bulan. Disamping tidak memiliki kalendar yang khusus, mereka juga menamakan 12 bulan itu dengan nama-nama yang berbeza antara satu dengan yang lain, seperti jadual di bawah:



Orang-orang Arab menghitung bulan-bulan dalam setahun berdasarkan peristiwa-peristiwa masyhur yang berlaku di dalam sejarah mereka seperti Tahun Gajah
(عام الفيل), Peperangan al-Fijar (وحرب الفجار), tarikh pembinaan semula kaabah
dan sebagainya.

Keadaan ini mungkin disebabkan tabiat Arab dahulu yang sentiasa mengembara dan tidak menetap di sesuatu tempat, barangkali juga disebabkan banyak berlaku peperangan dan perbalahan sesama mereka antara kabilah-kabilah yang berbagai-bagai. Disamping mereka tidak pernah berhimpun untuk sesuatu peristiwa yang sama sebagai memulakan satu tarikh yang sama untuk mereka.

Dalam keadaan sedemikian, orang-orang Arab bersepakat memuliakan 4 bulan yang sama dalam setahun. Bulan-bulan tersebut ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Mereka mengharamkan peperang dan pencerobohan dilakukan di dalamnya. Walaubagaimanapun mereka tidak sunyi dari melakukan tipudaya/muslihat dengan menggunakan Nizom al-Nasi’ (نظام النسيء) dengan mengawal dan melewatkan bulan-bulan yang haram ini sesuka hati mereka. Mereka berterusan dalam keadaan begitu sehingga datangnya Islam dan mengharamkannya, firman Allah swt:

(maksudnya)”Sesungguhnya (al-Nasi’ - النسيء ) mengundur-ngundurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran, disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-ngundurkan itu, mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat menyesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah…” (al-Taubah:37)

Selepas datangnya Islam, orang-orang Arab dan Umat Islam kekal beberapa tempoh dalam keadaan sedemikian (tidak ada kalendar yang khusus). Mereka menetapkan tarikh dengan peristiwa-peristiwa yang penting. Keadaan ini berterusan sehinggalah selepas berlakunya peristiwa hijrah al-Rasul saw ke Madinah al-Munawwarah, dalam bentuk tidak diberikan tarikh-tarikh dalam bentuk bilangan dalam setiap tahun, sebaliknya hanya diberikan nama-nama peristiwa penting yang berlaku di dalamnya, maka 10 tahun selepas hijrahnya Nabi saw ke Madinah sehinggalah kewafatan baginda diberikan nama-nama seperti berikut.

01. Tahun pertama (hijrah) dikenali sebagai al-Izn (الإذن)

02. Tahun kedua (hijrah) dikenali sebagai al-Amr (الأمر)

03. Tahun ketiga dikenali sebagai al-Tamhish (التمحيص)

04. Tahun keempat dikenali sebagai al-Turfiah (الترفئة)

05. Tahun kelima dikenali sebagai al-Zalzal (الزلزال)

06. Tahun keenam dikenali sebagai al-Isti’nas (الاستئناس)

07. Tahun ketujuh sebagai al-Istighlab (الاستغلاب)

08. Tahun kelapan sebagai al-Istiwa’ (الاستواء)

09. Tahun kesembilan sebagai al-Bara-ah (البراءة)

10. Tahun kesepuluh sebagai al-Wada’ (الوداع)



Keadaan ini berterusan sehinggalah dizaman pemerintahan ‘Umar Ibn al-Khattab r.a. timbullah keperluan bagi sebuah negara Islam yang luas empayarnya untuk memiliki kalendar yang khusus. Selepas perbincangan dan musyawarah bersama pembesar-pembesar sahabat, mereka semua (para sahabat Nabi saw) bersepakat untuk menjadikan hijrah Nabi saw sebagai permulaan bagi kalendar Islam. Ini kerana peristiwa hijrah itu berperanan besar memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan, ia juga merupakan permulaan bagi Daulah Islamiyyah.

Mereka juga bersepakat menjadikan awal muharram (permulaan bulan Muharram) tahun hijrahnya Rasulullah saw sebagai permulaan kalendar Islam, kerana bulan muharram merupakan bulan yang paling masyhur dalam bulan-bulan yang haram dan kedudukan yang pertama dalam pengiraan dan dalam bulan itu juga umat Islam selesai daripada menunaikan ibadat haji. (sumber:islamonline)

Perlu diambil perhatian hijrah bukanlah berlaku pada hari pertama dalam bulan muaharram ini, sebaliknya hijrah bermula di penghujung bulan Safar dan Nabi saw sampai di Madinah pada 12 Rabi’ulawwal. Bulan Muharram adalah tempoh keazaman untuk melakukan hijrah, dimana bai’ah (janji taat setia) berlaku di dalam bulan Zulhijjah dan ia dikira sebagai muqaddimah hijrah, dan anak bulan yang berikutnya selepas Zulhijjah ialah anak bulan Muharram dan ketika itulah bermulanya azam untuk melakukan hijrah. Inilah kesesuaian/munasabah menjadikan Muharram itu sebagai titik permulaan hijrah dan pengiraan kalendar Islam.

Kalendar hijrah dimulakan pada tahun ke16 hijrah, dkatakan juga mula digunakan pada tahun 17 hijrah di zaman pemerintahan ‘Umar ibn al-Khattab r.a.

Terdapat beberapa sebab yang menjadikan ‘Umar r.a. memulakan pengiraan kalendar Islam, antaranya riwayat daripada al-Sya’bi tentang peristiwa Abu Musa menulis surat kepada ‘Umar, dimana beliau telah menerima beberapa pucuk surat daripada ‘Umar yang tidak mempunyai tarikh, sehingga beliau tidak mengetahui bilakah surat itu diutuskan kepadanya. Lalu ‘Umar r.a. menghimpunkan para sahabat Nabi saw untuk membincangan tentang permulaan kalendar Islam. Sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalender Islam sempena pengutusan Nabi saw. Sebahagian yang lain mengatakan kita mulakan dengan (tahun) hijrah. Lalu Umar r.a. berkata: “Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kiralah darinya.” Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 17 hijrah. (fath al-Bari, 7/376)

Setelah mereka bersetuju untuk memulakan pengiraan kalender Islam pada tahun hijrah, sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalendar dengan bulan Ramadhan, lalu ‘Umar r.a. berkata: “Bahkan mulakan dengan Muharram, kerana ketika itu manusia selesai dari menunaikan haji.” lalu mereka semua bersetuju. Di dalam riwayat yang lain menyatakan yang mencadangkan pengiraan bermula dengan tahun hijrah itu ialah ‘Ali r.a. lalu dipersetujui oleh ‘Umar(ibid)

Terdapat juga riwayat daripada daripada Ibn Sirin yang menyebut suatu hari seorang lelaki dari Yaman sampai di Madinah menceritakan dia melihat di Yaman sesuatu yang dinamakan al-Tarikh, mereka menulisnya daripada tahun demikian dan bulan demikian, lalu ‘Umar menghimpunkan manusia untuk membuat perkara yang sama. Kata sebahagian orang, mulakan dengan hari maulid Nabi saw, berkata yang lain: mulakan dengan pengutusan baginda saw, berkata yang lain mulakan daripada hijrah, berkata yang lain lagi mulakan dengan kewafatan baginda saw. Lalu ‘Umar berkata: Kita mulakan mengira dari keluarnya baginda dari Mekah ke Madinah.” Kemudian dikatakan kepada ‘Umar: “Bulan apa kita hendak mulakan?” Sebahagian orang berpendapat dimulakan dengan bulan Rejab, sebahagian yang lain bulan Ramadhan, lalu Uthman berkata: Kita mulakan dengan bulan Muharram, kerana ianya bulan haram, dan ianya awal tahun dan pulangnya orang ramai dari menunakan haji.” Kata Ibn Sirin peristiwa itu berlaku pada tahun 17 hijrah - dikatakan juga pada 16 hijrah - dalam bulan Rabiulawwal. (Sila rujuk Fath al-Bari, 7/376-377)

daripada : http://makadir.wordpress.com/2008/01/09/98/

Isnin, 2 Februari 2009

IMAN SENJATA UTAMA DAN TAQWA BEKALAN UTAMA


RISALATUL-IKHWAN,
Bil. 29, Jumaat 29 Ramadhan 1417, (7 feb. 1997)
Dari pena Mustafa Masyhur

Iman dan Pertolongan Allah

Sesungguhnya keadaan umat Islam menimbulkan rasa belas dan takut .. kelemahan, perselisihan, penguasaan musuh dan tipu daya mereka terhadap Islam dan Muslimin .... semua faktor-faktor ini mungkin menimbulkan sedikit rasa putus asa atau kecewa di dalam jiwa, tetapi keimanan kepada Allah dan merasa mulia dengan agamanya, jihad pada jalannya serta cinta kepada mati syahid tetap menimbulkan harapan yang besar terhadap pertolongan Allah. Adapun Allah adalah maha suci, maha kuat lagi berkuasa. Dialah penolong bagi hamba-hambanya yang beriman dan penunduk orang orang yang bongkak daripada musuh-musuhNya. Adapun kita di dalam bulan Ramadhan ini yang merupakan bulan kemenangan di mana peperangan Badar adalah sebaik-baik saksi terhadap pertolongan Allah bagi hamba-hambaNya yang beriman walaupun mereka sedikit. Allah berfirman :

"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta dengan orang-orang yang sabar" (al-Baqarah: 249)

dan lagi

"(yang sebenarnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang melempar" (al Anfal: 17)

Benar, sesungguhnya musuh zionis bermegah-megah dan mengiklankan permusuhannya serta niatnya yang keji terhadap orang-orang Palestin bahkan terhadap Muslimin seluruhnya, dan apa yang disembunyikan di sebalik hati-hati mereka adalah lebih besar. Sesungguhnya ia telah merampas satu cebisan yang begitu mulia daripada tanah air Islam kerana padanyalah al Masjidil Aqsa, qiblat yang pertama dan "Haram" yang ketiga. Berita-berita tentang penyambungan terowong di bawah masjidil Aqsa menunjukkan niat mereka untuk mendedahkan kepada kemusnahan. Dia juga berterusan untuk menyahudikan al Quds dan mengeluarkan orang-orang Palestin daripada timur al Quds. Mereka juga menuduh Siria membantu Hizbullah di Lubnan yang mempertahankan bumi Lubnan yang terjajah. Begitulah mereka bertindak seolah-olah merekalah tuan punya tanah dan tuan-tuan yang sebenar merupakan perampas. Kita juga mendapati Amerika dan beberapa negara barat menyokongnya dalam pencerobohannya dan kesombongannya. Begitu juga kita melihat perangkap ke atas Muslimin pada berbagai penjuru, dan kelemahan bumi Islam serta tiadanya bantuan terhadap saudara-saudaranya sesama Islam yang terdedah kepada perangkap dan penderitaan ini. Tapi disebalik gambaran yang menyedihkan ini kita mestilah memulakan dengan diri kita untuk menjadi mukmin yang sebenar serta melazimkan diri kita dengan sifat-sifat mukmin, mendokong hak-hak ukhuwwah di antara kita dan memohon pertolongan daripada Allah niscaya Allah akan menolong kita ke atas semua musuh-musuh. Adapun masa depan adalah untuk Islam.

"Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah" (al Anfal: 39).

dan benarlah Allah berfirman:

"Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci" (as-Saff: 9)

ke atas Muslimin seluruhnya perlulah membetulkantawakal kepada Allah kerana Allahlah sebaik-baik pelindung dan pemberi pertolongan. Dan hendaklah mereka menjadi seperti mereka yang telah disifatkan oleh Allah dalam firmannya:

"(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah lepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar" (Ali Imran: 173-174).

Fenomena Penyembahan Syaitan (berita di Mesir: pent)

Sesungguhnya fenomena ini perlu kita selidik dan analisa maka kita berpendapat sesungguhnya Allah swt memberi amaran pada kita terhadap tipu daya syaitan dan perangkapnya seperti firman Allah:

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala" (Faathir: 7)

dan firmannya lagi:

"Bukankah Aku telah memerintahkan padamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. dan hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus" (Yasin: 60 61)

Oleh itu ia menjadi satu kewajiban terhadap Muslimin untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran serta tolong menolong di dalam perkara kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan.

dan firmannya lagi:

"Inilah jalanKu yang lurus, maka hendaklah kamu ikuti. Janganlah kamu ikut jalan-jalan (cara hidup) yang lain, kelak kamu akan bercerai berai dari JalanNya. Inilah yang dipesankan oleh Tuhanmu kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa" (al-An`am: 153).

Sepatutnyalah kita mengambil tahu sebab-sebab munculnya fenomena yang buruk ini agar kita dapat melindungi pemuda-pemuda kita daripada tergelincir ke dalamnya. Adapun saya mengira bahawa sebab utama berpuncanya daripada musuh zionis dan barat dan sesungguhnya Camp David telah membantu membawa penyakit ini. Zionism telah membawa kerosakan ini kepada negara kita. Mereka telah membantu kemasukan dadah dan kaset-kaset yang mengandungi penyelewengan serta lucah. Kita juga tidak lupa bahawa Yahudilah bertanggungjawab disebalik atisme yang lahir di dalam sosialisme dan merekalah yang memerangi selain daripada Yahudi terutamanya Islam. Dan merekalah manusia yang paling kuat permusuhannya terhadap orang-orang mukmin.

Di antara sebab-sebab yang membantu kewujudan fenomena ini kerana tiadanya perasaan kewatanan di kalangan para pemuda dan keadaan kelemahan politik, kemewahan yang tidak syari dan kekosongan masa serta ketiadaan matlamat yang boleh menyibukkan pemuda-pemuda untuk membina masa depannya dan memperbaiki watannya serta banyak mengembara keluar negara lalu terpengaruh dengan fasad ini. Dan di antara faktor yang lain adalah tindakan kerajaan memerangi semangat keugamaan dan gambaran mereka terhadap setiap Muslim adalah seperti Rahib (meninggalkan dunia) di samping penyempitan ini, dan begitu juga pemenjaraan dan mahkamah tentera dsbnya. Juga kosongnya silibus-silibus pelajaran daripada bekalan spritual dan pendidikan agama serta penambahan media-media yang merosakkan yang membantu menyesatkan dan membentangkan budaya-budaya asing untuk menjadi contoh kepada pemuda dan pemudi. Begitu juga galakan beberapa buku puak sekular dan kiri terhadap memerangi agama dan tujuan mereka untuk mengasingkan agama dari negara. Semua ini menggalakkan kepada penyelewengan. Di samping toleransi dalam memerangi dadah dan kekejian dan meninggalkan masyarakat menjadi mangsa pada media-media kerosakan dan undang-undang juga tidak menjanjikan balasan yang boleh menghalang perkara tersebut.

Beberapa Tanggungjawab Keluarga dan Kerajaan

Di sana terdapat satu tanggungjawab yang besar ke atas institusi keluarga dan pentarbiahan terhadap anak-anak. Setiap penjaga (ibubapa) adalah bertanggungjawab terhadap penjagaannya serta wajiblah ke atas ayah dan ibu untuk mengambil berat terhadap didikan anak-anak, bukan untuk membantu mereka melakukan kerosakan dengan memberi mereka harta benda, kereta, dan kurangnya pengawalan terhadap tindak tanduk mereka. Para bapa hendaklah mengetahui bahawa Allah akan mempersoalkan mereka tentang penjagaan.

Wajiblah ke atas kerajaan untuk mendidik bangsanya melalui tauladan dan amalan yang serius serta produktif, di samping mengembeling tenaga pemuda ke arah pengeluaran yang produktif dan mendidik mereka berjihad dan menjaga tanah air daripada sebarang pencerobohan. Kami berharap daripada pemuda-pemuda untuk mengambil iktibar daripada fenomena ini. Maka janganlah mereka mengabaikan urusan agamanya dan hendaklah mencari benteng pertahanan dariapada tergelincir kedalam jurang yang bahaya ini. Hendaklah mereka mempersenjatakan diri dengan senjata iman dan taqwa serta mengambil berat terhadap masa depan yang hakiki agar mereka berjaya di hari akhirat dengan syurga dan nikmatnya serta selamat daripada neraka dan apinya. Sesungguhnya kami melihat bahawa fenomena penyembahan syaitan adalah satu fenomena sosial dan pendidikan pada peringkat yang pertama sebelum dia menjadi satu jenayah. Oleh itu mestilah setiap ahli masyarakat dan pendidikan untuk mengkajinya dan meletakkan jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengubatinya serta membersihkan masyarakat daripadanya dan kesannya. Media massa terutamnya television hendaklah mengadakan topik-topik perbincangan untuk memperingatkan para pemuda dan ketua-ketua serta tunggak negara kepada faktor faktor yang membawa kepada fenomena tersebut serta cara yang boleh menutup jalan yang membawa para pemuda jatuh ke dalam jurang ini. Metod-metod kekerasan sahaja bukanlah metod yang terbaik untuk penyembuhan tetapi hendaklah khidamt peranan pasukan keamanan serta kehakiman untuk menumpukan perhatian terhadap siapa yang telah sabit jenayahnya dan memberi balasan yang sepatutnya.

Jumaat, 30 Januari 2009

Ahad, 25 Januari 2009

Tuan Guru Haji Bidin: Pengasas PAS Terengganu


PAS Terengganu telah mengadakan sambutan Jubli Emasnya di Dungun dua tahun lalu. Sambutan ini dibuat di tempat ia ditubuhkan iaitu Surau Haji Bidin, Sura Gate. Kira-kira 50 tahun sebelum itu, iaitu pada 6 Julai 1956, satu perjumpaan 24 orang pemuda Islam telah diadakan di surau ini yang dikenali juga sebagai Madrasah az-Zainiyah dengan dipimpin oleh Tuan Guru Haji Bidin.

Dalam perjumpaan ini, cawangan PAS yang pertama di Terengganu telah berjaya ditubuhkan dan dinamakan sebagai PAS Cawangan Dungun dengan Tuan Guru Haji Bidin sebagai Yang Dipertuanya. Inilah bermulanya sejarah PAS Terengganu sebelum ia menjadi kubu kuat PAS hari ini.
Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu. Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Tasik, Wau, Ulu Dungun. Ibunya, Saadiah Jaafar ialah seorang ibu tunggal setelah suaminya meninggal dunia, tetapi kemudian berkahwin dengan Hamzah, iaitu datuk kepada bekas Bendahari Agung PAS, Ustaz Abdul Wahab Yunus.

Haji Bidin menjadi anak yatim semenjak kecil, tetapi mendapat didikan agama daripada ibunya. Ketika berusia 11 tahun, belia dihantar belajar dengan Haji Taib Hassan dan Ustaz Baki Awang di Kampung Sindol. Pada 1906, beliau memasuki Pondok Pulau Serai dan berguru dengan Tuan Guru Haji Yusof bin Lebai Isa selama enam tahun.

Setelah itu beliau berhijah pula ke Pondok Losong untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong yang terkenal itu. Dua tahun di pondok ini, pada 1914, Haji Bidin berpindah ke Kelantan kerana tertarik dengan kemasyhuran Tok Kenali. Beliau sempat berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kenali sehingga 1926. Beliau sempat belajar bersama-sama Sheikh Idris Marbawi dan Tuan Guru Haji Nik Mat Alim (ayah Mursyidul Am PAS).

Di samping itu, beliau berulang-alik ke Masjid Muhammadi kerana berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang dan Tuan Guru Haji Yaakub Legor. Di Pondok Kenali ini, Haji Bidin telah menjadi kepala telaah dan sempat mengajar Mufti Haji Ahmad Maher selama enam tahun. Pengajian beliau tamat pada 1926 kerana Tok Kenali menyuruh beliau balik ke Dungun membuka pondok.

Selepas beberapa ketika mengembara, sekitar 1927, Haji Bidin mula mengajar dan membuka pondok di Hulu Sungai Penaga. Ketika yang sama beliau telah dilantik menjadi Imam Muda Masjid Kampung Tengah, Kuala Dungun. Ketika menjadi imam di sini, Haji Bidin telah berhadapan dengan beberapa masalah amalan khurafat dan ajaran sesat, tetapi berkat usaha gigihnya, beliau berjaya mengatasi masalah ini.

Tujuh tahun kemudian, Haji Bidin telah membuka pondok baru di satu kawasan yang dikenali sebagai Tanah Lot. Pada 1938, sebuah madrasah telah berjaya disiapkan sebagai tempat pengajian. Bagaimanapun, beliau kekal sebagai imam di Kampung Tengah sehingga 1951. Selepas bersara sebagai imam, Haji Bidin sekali lagi memindahkan pondoknya ke Sura Gate, dan mendirikan pusat pengajian yang dikenali sebagai Madrasah az-Zainiyah yang suraunya masih wujud hingga hari ini.

Haji Bidin mengajar beberapa cabang ilmu yang penting dalam pengajian Islam seperti fiqh, hadis, nahu, tafsir, balaghah, mantiq dan lain-lain. Antara kitab yang diajar oleh beliau ialah Matan Ajrumiah, Azhari, Qatr, Syuzuz al-Zahab, Ibnu Aqil, Asymuni, Sittin, Fathul Muin, Tahrir, Mahalli, Iqna?, Fathul Wahab, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ibni Ibad, Iqaz al-Himam, Jauhar al-Mauhub, Siyarus Salikin dan lain-lain.

Beliau juga berjaya melahirkan ramai murid yang terkenal termasuk Ustaz Omar Shukri Embong (bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Ustaz Abdul Wahab Yunus, bekas Ahli Parlimen Dungun yang juga pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Haji Bidin, selain terkenal kerana alim dalam bidang agama dan menjadi imam di masjid, turut dihormati kerana memiliki keramat tertentu. Banyak cerita yang diriwayatkan tentang keramat yang dimiliki oleh beliau, antaranya tidak ditimpa hujan ketika menaiki perahu bersama kitab-kitabnya walau hujan sedang lebat. Pernah juga berlaku percubaan melanggar beliau dengan kereta, tetapi niat jahat itu terhalang kerana enjin kereta tersebut mati dan ia hanya boleh dihidupkan setelah orang tersebut memohon maaf kepadanya.
Beliau juga dikatakan boleh mengangkat kayu besar seorang diri. Cerita-cerita kekeramatan beliau ini telah menyebabkan beliau amat disegani oleh masyarakat di Dungun. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang warak, lemah lembut, tidak pemarah dan tidak suka bercakap banyak. Beliau dikatakan mengikut perangai Tok Kenali.

Kerana gurunya seorang yang minat politik, Haji Bidin turut mewarisi minat ini di mana beliau semenjak di Kenali lagi sudah mula menulis dalam akhbar Majlis. Beliau tertarik dengan perkembangan politik di Istanbul tetapi keras menolak fahaman sekular yang dibawa oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Sejak muda, kecenderungan beliau adalah politik Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Tetapi pada peringkat awal, beliau menyokong Umno untuk menghalau British, bahkan turut berkempen dalam pilihan raya 1954 untuk menyokong Ustaz Mohd Taib Sabri menentang calon Parti Negara. Tetapi pada 1956, setelah PAS mulai berkembang, Haji Bidin bersetuju dengan gagasan politik yang dibawa oleh Pesuruhjaya PAS Pantai Timur, Datuk Mohd Asri Muda.

Atas usaha gigih beliau mengumpulkan pemuda-pemuda yang berminat dengan politik Islam, maka satu perjumpaan diadakan di suraunya di Sura Gate. Hasilnya, PAS Cawangan Dungun berjaya ditubuhkan sebagai cawangan pertama di Terengganu. Haji Bidin diberikan amanah sebagai Yang Dipertua PAS Dungun untuk satu tempoh yang lama. Beliau melepaskan jawatannya pada 1971 kerana uzur, tetapi terus komited dengan perjuangan PAS.

Enam tahun kemudian, iaitu ketika muridnya yang juga anak saudaranya, Ustaz Abdul Wahab Yunus sedang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Haji Bidin telah jatuh sakit dan meninggal dunia di rumah anaknya, Haji Anuar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau meninggal dunia dalam bulan Ramadan pada 20 Ogos 1977 dan dikebumikan di perkuburan Syed Yahya, Dungun. - tajdid _

Dilulus terbit pada Thursday, December 04 @ 20:34:05 MYT oleh TokBatin
Oleh Mohd Fadli Ghani